Perolehi Pengetahuan dan Kemahiran Bidang Senibina dalam
masa 3 bulan!
Apakah anda masih mencari-cari cara untok meningkatkan
kebolehan atau kemahiran dalam hidup, atau satu bidang
kemahiran yang boleh membantu diri anda kearah yang lebih
cermelang? Cabaran utama di dalam hidup ini adalah persaingan
didalam meneruskan kehidupan yang lebih baik dan terarah. Anda
akan sentiasa dihormati dan lebih diberi perhatian jika anda
mempunyai lebih kemahiran dan kepandaian daripada orang lain.
Bidang senibina merupakan bidang yang memerlukan
kepakaran, kemahiran dan kelulusan yang boleh diperolehi
bertahun-tahun lama. Dunia senibina adalah cukup luas. Ia bukan
hanya terhad kepada sesiapa yang mempunyai kelulusan atau
ijazah didalam senibina, ataupun mempunyai pengiktirafan
Berkanun atau seumpamanya, tetapi dunia senibina juga boleh
dikuasai dan dipelajari oleh sesiapa sahaja yang meminatinya.
Sebagai contoh: Jika sesaorang bercadang untok membina
rumah kediamannya sendiri. Biasanya kita menlantik seorang
Pereka atau Arkitek untok merekabentuk rumah tersebut. Proses
ini mungkin memgambil masa yang panjang dan sehingga
diakhirnya tidak memenuhi kehendak yang diharapkan. Jika
sesaorang itu mempunyai sedikit pengetahuan dan kemahiran
dalam senibina, ia merupakan satu kelebihan untoknya. Dia boleh
merekabentuknya sendiri, menganggarkan kos pembinaan,
membuat lukisan 3D mengunakan komputer dan lain-lain,
sebelum ianya diserahkan kepada Arkitek yang berdaftar untok
proses seterusnya. Sila lihat kejayaan.
Inilah harapan kami. Kursus ini adalah khas kepada sesiapa saja
yang meminati bidang senibina. Kursus ini direka untok
memenuhi kehendak dan kemampuan anda, sama ada untok
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada atau
sebagai nilai tambah kepada kemampuan anda untok mencapai
kehendak dan cita-cita.

Siapa boleh
memohon?
- Penuntut
- Kakitangan Kerajaan
- Tentara Bersara
- Ahli Perniagaan
- Pemborong
Training Centre. Negara Brunei Darussalam. Copyright (R). All rights reserved.
|