Siapakah yang boleh memohon untok mengikuti kursus ini? Sesiapa sahaja yang berminat, penuntut sekolah, ahli perniagaan, pemborong, kakitangan awan dan lain-lain.
Apakah kelayakan yang diperlukan untok mengikuti kursus ini? Kami tidak menghadkan sebarang kelulusan, tetapi setiap perserta hendaklah boleh membaca atau bertutur dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Dan mestilah mempunyai pengetahuan asas didalam pengunaan komputer.
Apakah boleh membawa komputer reba (laptop) sendiri? Anda digalakkan membawa komputer reba (laptop) sendiri ketika menghadiri kursus. Ini adalah untok memudahkan peserta untok mengulangkaji dan lain-lain.
Bilakah pembayaran kursus dilakukan? Setiap peserta dikehendaki membayar B$25.00 ketika membuat pendaftaran. Pembayaran kursus hendaklah dibayar secara penuh atau insuran pada hari pertama kursus dan seterusnya diminggu pertama setiap bulan.
Adakah dengan kursus ini membolehkan saya mendapat perkerjaan? Tujuan kursus ini diadakan bukanlah untok menjamin anda memdapat perkerjaan, tetapi untok memberikan anda pengetahuan dan kemahiran tambahan sebagai nilai tambah kepada pengetahuan yang sedia ada. Sila lihat kejayaan.
Apakah dengan pengetahuan ini membolehkan saya memulakan perniagaan? Setiap orang yang berjaya dalam hidup selalunya bijak dan tahu mengunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada dirinya. Bidang senibina memberikan banyak peluang didalam perniaagan. Sila lihat kejayaan.