Pelajari Pengetahuan dan Kemahiran Bidang Seni Bina dalam
masa 3 bulan!
Apakah anda masih mencari-cari cara untuk meningkatkan
kebolehan atau kemahiran dalam hidup, atau satu bidang
kemahiran yang boleh membantu diri anda ke arah yang lebih
cemerlang? Cabaran utama di dalam hidup ini adalah persaingan
di dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik dan terarah. Anda
akan sentiasa dihormati dan lebih diberi perhatian jika anda
mempunyai lebih kemahiran dan kepandaian daripada orang lain.
Bidang seni bina merupakan bidang yang memerlukan
kepakaran, kemahiran dan kelulusan yang boleh diperoleh
bertahun-tahun lama. Dunia seni bina adalah cukup luas. Ia bukan
hanya terhad kepada sesiapa yang mempunyai kelulusan atau
ijazah di dalam seni bina, ataupun mempunyai pengiktirafan
Berkanun atau seumpamanya, tetapi dunia seni bina juga boleh
dikuasai dan dipelajari oleh sesiapa sahaja yang meminatinya.
Sebagai contoh: Jika seseorang bercadang untuk membina
rumah kediamannya sendiri. Biasanya kita melantik seorang
Pereka atau Arkitek untuk mereka bentuk rumah tersebut. Proses
ini mungkin mengambil masa yang panjang dan sehingga tidak
memenuhi kehendak yang diharapkan. Jika seseorang itu
mempunyai sedikit pengetahuan dan kemahiran dalam seni bina,
ia merupakan satu kelebihan untuknya. Dia boleh mereka
bentuknya sendiri, menganggarkan kos pembinaan, membuat
lukisan 3D menggunakan komputer dan lain-lain, sebelum ianya
diserahkan kepada Arkitek yang berdaftar untuk proses seterusnya.
Sila lihat kejayaan.
Inilah harapan kami. Kursus ini adalah khas kepada sesiapa saja
yang meminati bidang seni bina. Kursus ini direka untuk
memenuhi kehendak dan kemampuan anda, sama ada untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada atau
sebagai nilai tambah kepada kemampuan anda untuk mencapai
kehendak dan cita-cita.

Siapa boleh
memohon?
- Penuntut
- Kakitangan Kerajaan
- Tentara Bersara
- Ahli Perniagaan
- Pemborong
Training Centre. Negara Brunei Darussalam. Copyright (R). All rights reserved.
|